JUST sebuah ekosistem kewangan tidak berpusat (DeFi) yang dibina di atas blockchain TRON. Ia adalah suite produk desentralisasi yang menyediakan pinjaman stablecoin secara terbuka dikenali sebagai JustStable, yang diedarkan sejak Mei 2020.
Ekosistem JUST ditubuhkan oleh Just Foundation yang diasaskan oleh Justin Sun dimana separuh daripada ahli pasukan teknologinya berasal dari syarikat internet bertaraf dunia seperti Alibaba, Tencent dan IBM, sementara penganalisis kewangan JUST berasal dari beberapa bank pelaburan global yang berpengalaman dalam industri blockchain.
Tumpuan utama platform ini direka adalah untuk menyediakan hub produk DeFi yang adil dan tanpa sempadan, agar mana-mana pengguna TRON boleh mengaksesnya.
Dapat diperhatikan pada carta pergerakan harga JST/USDT, pergerakan harga menyaksikan momentum lonjakan melebihi 700% pada pembukaan pasaran Januari sehingga 5 April 2021 dengan mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) $0.20.
Setelah itu, Just tidak berdaya untuk meneruskan kenaikan dan kembali membuat penurunan sehingga menguji paras sokongan sekitar harga $0.06 seiring dengan kejatuhan harga bitcoin.
Dari pandangan sudut teknikal, Just kini sedang bermain diruangan support untuk mencapai zon SBR (support become resistannce) sekitar $0.08 dimana zon tersebut dilihat sukar ditembusi oleh JUST.
Sekiranya pergerakan harga JUST berjaya untuk melepasi paras rintangan tersebut, zon SBR seterusnya sekitar $0.11 bakal diuji terlebih dahulu sebelum kembali membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Risiko seterusnya, jika pergerakan harga terus menyaksikan trend bearish dan menembusi paras sokongan sekitar $0.05, pergerakan harga dijangka bakal kembali meneruskan penurunan sehingga menguji paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.
Lihat gambar carta matawang kripto JST/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.