Matawang US dolar menunjukkan prestasi kurang memberangsangkan apabila didagangkan pada paras terendah dua minggu pada hari Isnin kerana keyakinan terhadap pelancaran vaksin Covid-19 dan pakej rangsangan Amerika Syarikat $ 1.9 trilion telah mendorong para pelabur untuk melabur dalam matawang dan saham berisiko.
Kelemahan US dolar telah mendorong matawang lain melonjak naik. Matawang pound telah menembusi paras pertukaran $1.39 berbanding US dolar setakat jam 10.15 p.m. Euro naik 0.1% kepada $ 1.21310, meningkat 0.6% daripada minggu lalu.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat penyusutan sebanyak 0.09% kepada paras tukaran 90.392 setakat jam 10.15 p.m.
Selera risiko yang lebih baik juga tercermin dalam pasaran ekuiti. Pasaran saham global meneruskan lonjakan pada hari ke 11 berturut-turut kepada paras tertinggi baru yang didorong oleh keyakinan para pelabur. Walaubagaimanapun, ketegangan di Asia Tengah masih berlaku sehinggakan harga minyak melonjak kepada paras tinggi 13 bulan.
Pada hari ini, banyak pasaran kewangan di Asia dan Amerika Syarikat ditutup kerana Hari Tahun Baru China dan Hari Presiden. Penganalisis di MUFG mengatakan dolar boleh melemah lebih jauh jika keyakinan pasaran terus kekal.
Di sisi lain, harga bitcoin sedikit tidak menentu yang didangkan antara $ 45,914.75 sehari dan $48,000 seunit.