Pelabur pada sesi Eropah telah diperlihatkan dengan bacaan data ekonomi dari Zon Eropah dan UK yang bercampur-campur pada bulan Oktober.
Sektor perkhidmatan di Zon Eropah terus menunjukkan momentum yang perlahan pada bulan ini, dengan catatan paling rendah dalam tempoh enam bulan pada 54.7 daripada 56.4 yang dicatatkan sebelumnya.
Prestasi dalam aktiviti perkhidmatan yang lemah dicatatkan untuk perjalanan, pelancongan dan rekreasi, yang mencerminkan kebimbangan terhadap wabak Covid-19.
Sementara pertumbuhan dalam sektor pembuatan pula sedikit menurun tetapi lebih baik daripada jangkaan dengan kenaikan 58.5 pada Oktober daripada 58.6 yang direkodkan pada bulan sebelumnya.
Angka ini menunjukkan pertumbuhan dalam aktiviti perkilangan paling perlahan dalam tempoh 8 bulan, dipengaruhi oleh pengeluaran yang lemah disebabkan oleh kekurangan bekalan dan masalah pengangkutan.
Reaksi awal daripada matawang euro menunjukkan ia tidak terkesan dengan menunjukkan sedikit peningkatan pada 1.1640 yang dibantu oleh penyusutan US dolar.
Dalam pada itu, pelabur juga menyaksikan bacaan data ekonomi dari UK yang menunjukkan kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan meningkat pada bulan Oktober, di mana masing-masing meningkat 57.7 dan 58.0.
Walaupun sektor perkhidmatan menunjukkan pemulihan tetapi terdapat penurunan yang ketara dalam pengeluaran pembuatan di tengah-tengah masalah kekurangan bekalan.
Matawang pound meningkat susulan bacaan yang memberangsangkan ini, tetapi kesuraman dalam data jualan runcit UK membantutkan peningkatan matawang itu lebih tinggi.