Kembali meresahkan para pelabur emas, nilai logam kuning berharga itu pamerkan penyusutan lebih ketara bersambung pada pembukaan dagangan minggu ini.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat dilihat pada Jumaat lalu harga terus gagal untuk menembusi paras 1900.00 yang merupakan zon rintangan buat harga emas.
Penurunan harga kembali semula ke paras sokongan 1875.00 sebelum dagangan minggu lalu berakhir susulan US dolar berjaya catatkan pengukuhan semula disokong oleh data keyakinan pengguna AS yang diterbitkan.
Namun, terus parah pada sesi pembukaan pasaran awal minggu ini apabila harga emas terus menyambung penurunan bermula awal sesi Asia sehingga bersambung pada sesi Eropah.
Harga terus turun dari paras 1875.00 dan setakat jam 4.30 petang waktu tempatan, harga telah mencecah semula ke paras terendah yang dicatatkan pada 2 minggu lalu sekitar 1856.00.
Paras 1850.00 sememangnya menjadi zon support harga sebelum ini yang telah dilihat sebagai zon sasaran bagi penurunan harga.
Berkemungkinan juga jika trend penurunan harga berterusan, harga akan meneruskan penurunan menguji paras sekitar 1820.00 terlebih dahulu sebelum menuju ke zon tumpuan utama iaitu di paras 1800.00.
Namun, jika paras 1850.00 berjaya menyokong semula kenaikan bagi nilai emas, paras 1875.00 akan menjadi rintangan awal sebelum harga meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.
Seterusnya, zon rintangan 1900.00 akan kembali menjadi sasaran untuk diuji sebelum menyambung semula trend kenaikan harga sebelum ini.
Mesyuarat FOMC pada minggu ini yang dijangka akan memberi impak besar terhadap US dolar turut dilihat akan mempengaruhi pergerakan nilai emas dalam pasaran.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI