Pasaran masih lagi melihat isyarat untuk trend penurunan harga diteruskan bagi dagangan emas semasa.
Harga emas menunjukkan peningkatan semula pada dagangan Selasa semalam namun dengan momentum yang lemah dipamerkan.
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah membuat penurunan pada sesi Asia pagi semalam menyambung penurunan sesi sebelumnya.
Selepas melepasi paras 1720.00 dan mencecah ke paras terendah terbaru 9 bulan sekitar 1707.00, harga pamerkan kenaikan semula sekitar 300 pips.
Jangkaan pelabur untuk harga meneruskan penurunan meleset dengan isyarat terbaru untuk permulaan trend bullish selepas harga melepasi kenaikan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta XAU/USD.
Namun begitu, dagangan pada Rabu menunjukkan harga masih membuat penurunan selepas pergerakan mendatar pada sesi Asia disusuli penurunan pada awal sesi Eropah.
Penurunan harga bakal menguji semula paras 1720.00 dan juga paras terendah terbaru yang berjaya dicecah harga semalam.
Berkemungkinan harga boleh turun lebih rendah menuju ke paras tumpuan 1700.00 untuk pelabur menilai reaksi harga pada zon penting tersebut.
Sekiranya harga kembali membuat kenaikan, pelabur perlu memberi perhatian pada paras-paras rintangan 1745.00 dan juga 1765.00 di zon SBR (support become resistance).
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI