Dagangan emas masih bergerak lemah sehingga Khamis berikutan masih ditekan oleh faktor pengukuhan semula US dolar dalam pasaran selepas hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang kembali meningkat.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah meperlihatkan harga jatuh hampir ke paras 1700.00 pada sesi New York semalam.
Namun harga masih tidak berjaya turun lebih rendah apabila harga meningkat semula. Kenaikan harga walau bagaimanapun terhalang pada rintangan 1720.00.
Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) juga masih memberi isyarat untuk trend bearish.
Pada dagangan hari ini juga, penurunan lemah dipamerkan pada sesi Asia sebelum harga meningkat sekali lagi menguji rintangan 1720.00.
Penurunan kembali dilihat pada sesi Eropah dengan jangkaan harga akan menuju semula ke paras support 1700.00.
Pelabur melihat zon harga 1700.00-1680.00 sebagai zon sokongan untuk harga melonjak semula.
Sekiranya harga membuat lonjakan semula, paras tumpuan harga dilihat pada 1745.00 dan juga zon SBR (support become resistance) 1765.00.
Pergerakan US dolar berkemungkinan agak tidak menentu menjelang laporan data pekerjaan NFP AS yang turut mempengaruhi dagangan emas semasa.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI