Gagal mencapai paras sasaran $1,800 pada Selasa lalu, harga emas telah pamerkan penurunan sehingga hampir 300 pips.
Namun pada dagangan Rabu semalam bersambung ke sesi Asia pagi ini, harga emas kian mendaki semula untuk menuju kembali ke paras $1,800.
Harga emas terus dipengaruhi oleh perubahan nilai US dolar dalam pasaran dan penyusutan pada nilai US dolar telah mendorong kenaikan semula harga emas.
US dolar semakin bergerak lemah menuju penghujung minggu berikutan pelabur berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan memberi impak besar dalam pasaran.
Oleh itu, dapat dilihat harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah meningkat semula sejak semalam dari paras 1770.00.
Harga juga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta XAU/USD untuk isyarat kenaikan yang lebih tinggi.
Menyambung dagangan pada Khamis, harga meneruskan kenaikan lebih tinggi ke paras sekitar 1795.00 setakat jam 4.30 petang waktu tempatan.
Pelabur masih sabar menanti sama ada harga mampu melonjak sehingga ke paras 1800.00 setelah zon tersebut masih kebal daripada dibolosi harga setelah diuji beberapa minggu.
Melepasi zon rintangan tersebut akan mencatatkan harga emas tertinggi terbaru untuk tempoh 10 minggu.
Namun jika situasi sama masih berulang, pelabur emas akan kembali alami kekecewaan apabila melihat harga emas menjunam semula masih gagal melepasi paras 1800.00.
Zon RBS (resistance become support) 1765.00 akan menjadi sasaran penurunan harga dan juga zon yang akan menyokong semula kenaikan harga seperti dagangan minggu-minggu sebelum ini.
Penurunan lebih rendah pada trend bearish akan menjadikan paras-paras seperti 1745.00 dan 1720.00 sebagai tumpuan pelabur semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI