Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat bergerak mendatar di penghujung minggu dan masih belum berjaya tembusi rintangan 1800.00.
Setakat dagangan Rabu dan Khamis semalam, harga emas telah meningkat ke paras ketinggian 1797.00 dan berundur semula dari zon resistance tersebut.
Penganalisis masih menjangkakan sasaran harga emas untuk mencapai paras 1800.00, namun penurunan semula harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam membimbangkan pelabur untuk isyarat penurunan lebih rendah.
Jika harga membuat penurunan lanjut, harga bakal menguji semula zon RBS (resistance become support) 1765.00 yang telah menyokong harga daripada jatuh lebih rendah pada penurunan di awal minggu ini.
Kenaikan harga emas masih dipengaruhi oleh pergerakan US dolar dan juga sentimen pasaran semasa.
Pengukuhan US dolar pada sesi New York semalam menghalang harga emas untuk meneruskan kenaikan seperti yang dijangkakan penganalisis.
Sekiranya harga berjaya tembusi rintangan pada 1800.00, kenaikan lebih tinggi harga dijangkakan untuk menuju sehingga paras ketinggian pada 1850.00.
Untuk mencapai paras tersebut, harga perlu melonjak sehingga 500 pips lagi untuk menguji paras rintangan pada dagangan Februari lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI