Harga emas sedang membuat pembetulan harga atau petunjuk awal untuk kejatuhan lebih parah selepas ini?
Sentimen berisiko pasaran didorong oleh penularan kembali Covid-19 dilihat menyokong pergerakan US dolar ekoran pelabur berkemungkinan memilih untuk memiliki pegangan tunai untuk kecemasan membuatkan tarikan terhadap emas sedikit pudar.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, menyaksikan penurunan semula harga emas di penghujung minggu lalu selepas kenaikan sebelumnya telah mencatatkan paras tertinggi terbaru 4 minggu mencapai sekitar 1834.00.
Menjadi petunjuk awal untuk trend penurunan semula, harga telah pun bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Setelah menutup dagangan penghujung minggu lalu sekitar 1810.00, harga menyambung dagangan awal minggu ini ke paras lebih rendah menuju ke paras 1800.00 semula.
Paras 1800.00 yang berada pada zon RBS (resistance become support) akan memberikan petunjuk penting bagi arah harga emas selanjutnya minggu ini.
Jangkaan penurunan lebih rendah harga bakal berlaku sekiranya harga jatuh di bawah zon tersebut. Harga bakal kembali semula menuju paras tumpuan sebelum ini sekitar 1765.00 dan 1745.00.
Sebaliknya, jika penurunan yang dibuat hanyalah pembetulan harga dan zon 1800.00 kembali menyokong kenaikan semula, harga bakal menguji sekali lagi paras ketinggian yang dicapai minggu lalu.
Untuk trend bullish yang berjaya diteruskan akan mendorong jangkaan kenaikan menuju zon SBR (support become resistance) pada 1850.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI