Betul ke pelabur dah mula risau disebabkan terdapat tanda-tanda awal harga emas akan jatuh semula?
Seperti yang telah diperlihat pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, siri kenaikan telah berjaya dikekalkan sehingga dagangan Rabu semalam.
Harga emas telah berjaya memaparkan lonjakan mencapai paras 1850.00 semula. Namun sebaik sahaja harga menyentuh rintangan tersebut, harga kembali susut semula sehingga ke paras 1835.00.
Secara teknikal, paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam akan memberikan isyarat awal perubahan trend harga. Namun pada sesi Asia pagi ini (Khamis), harga telah mula bergerak turun di bawah paras tersebut membuatkan pelabur berwaspada.
Harga walau bagaimanapun cuba untuk membuat kenaikan semula di awal sesi pasaran Eropah.
Kenaikan harga emas masih lagi dijangkakan dengan situasi penyusutan US dolar yang berterusan dalam pasaran.
Pelabur akan menantikan isyarat pergerakan harga yang lebih jelas di sesi Eropah dan pada sesi New York hari ini.
Jika kenaikan masih diteruskan, rintangan pada 1850.00 akan kembali diuji semula untuk kenaikan menuju ke paras rintangan berikutnya pada 1875.00.
Paras rintangan 1875.00 telah diuji dua kali pada dagangan Januari namun harga gagal menembusinya.
Sebaliknya jika tanda-tanda awal penurunan harga semakin jelas memberi bayangan kejatuhan harga emas dalam masa terdekat, zon-zon harga seperti 1820.00 dan juga paras 1800.00 perlu diberi perhatian semula oleh para pelabur.
Penurunan lebih rendah berkemungkinan mampu dicecah sehingga ke paras sekitar 1765.00 yang menjadi paras sokongan harga ketika dagangan November tahun lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI