Seperti yang dijangkakan seperti analisis sebelum ini, harga emas terus kecundang ke paras lebih rendah setelah siri penurunan harga pada minggu lalu.
Jika dilihat semula pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah susut dari paras rintangan 1850.00 di minggu lalu dengan trend penurunan tersebut terus kekal sehingga ke minggu ini.
Di awal minggu ini, harga pada mulanya mendatar pada zon harga 1820.00 yang menjadi zon sokongan harga setelah penurunan minggu lalu.
Namun, harga emas gagal bangkit semula sebelum pelabur menyaksikan kejatuhan lebih rendah nilai di bawah paras 1800.00.
Pada dagangan Khamis semalam, harga menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam namun gagal menembusinya sebelum menyambung penurunan semula.
Pelabur melihat sebagai isyarat untuk harga meneruskan pergerakan dalam trend bearish.
Zon SBR (support become resistance) 1785.00 juga dilihat gagal ditembusi ketika kenaikan harga menguji halangan MA50.
Sesi pasaran Asia pagi Jumaat menyaksikan harga turun lebih rendah menguji paras sokongon 1765.00 namun harga kembali membuat kenaikan semula sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah.
Jika harga emas kekal jatuh lebih rendah, paras sasaran seterusnya dilihat akan menuju ke paras support sekitar 1745.00 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 8 minggu.
Namun jika harga mula bergerak di atas paras halangan MA50, pelabur perlu berwaspada untuk perubahan trend kenaikan harga semula.
Paras 1800.00 akan kembali menjadi tumpuan kenaikan harga semula yang akan menjadi rintangan awal sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Kenaikan seterusnya akan kembali ke zon-zon tumpuan sebelum ini seperti 1820.00 dan juga rintangan 1850.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI