Pelabur emas pastinya kecewa dengan pergerakan harga yang dipamerkan oleh logam kuning berharga itu apabila gagal mengekalkan momentum peningkatan pada minggu lalu.
Jika diperhatikan carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menunjukkan kenaikan dari paras support 1785.00 sehingga ke paras rintangan 1850.00.
Faktor penyusutan US dolar sepanjang minggu lalu telah mendorong harga emas untuk didagangkan meningkat nilai.
Namun penghujung minggu lalu harga emas kembali susut semula selepas paras rintangan 1850.00 gagal ditembusi. Harga juga turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat perubahan kepada trend bearish.
Pada pembukaan sesi dagangan awal minggu ini, harga masih berada di bawah halangan MA50 dengan jangkaan untuk harga berkemungkinan turun lebih rendah.
Pergerakan harga perlahan dengan sedikit penurunan harga dilihat masih berlegar di zon 1820.00 sehingga ke sesi Eropah.
Pelabur nyata kecewa dengan dagangan emas yang kecundang walaupun US dolar masih lagi dinilai lemah untuk awal minggu ini.
Penurunan harga bakal susut semula ke paras tumpuan 1800.00 sebelum harga yang berjaya melepasinya akan menguji kembali paras sokongan 1785.00 sebelum ini.
Sekiranya harga berjaya mendapat rentak pengukuhan semula, kenaikan dijangkakan menuju semula ke paras 1850.00 dan cuba untuk menembusi paras rintangan tersebut.
Seterusnya paras rintangan tumpuan 1875.00 akan menjadi sasaran kenaikan lebih tinggi sebelum harga menuju semula ke paras penting 1900.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI