Seperti yang dibimbangi ramai pelabur emas, nilai logam kuning tersebut memaparkan penurunan lagi pada dagangan Khamis meningkatkan kebimbangan bahawa kejatuhan harga emas bakal bermula.
Mari teliti pergerakan harga pada carta XAU/USD ini yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Sejak minggu lalu, harga dilihat berlegar pada zon harga 1900.00 yang sebelum ini menjadi sasaran kenaikan selepas harga berjaya melepasi halangan awalnya pada 1800.00.
Minggu ini, pergerakan harga emas masihd dilihat mendatar pada zon 1900.0 dan berjaya mencatatkan paras tertinggi terbaru sekitar 1916.60.
Oleh sebab perubahan nilai emas semasa dipengaruhi pergerakan US dolar, pelabur berwaspada sementara menantikan keputusan laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat.
Sesi Eropah pada Khamis mula menyaksikan penurunan lanjut harga emas selepas bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga bagi isyarat awal trend bearish.
Setakat jam 4.15 petang waktu tempatan, harga telah susut ke paras sekitar 1890.00 untuk mencatatkan paras terendah mingguan.
Dengan corak yang ditampilkan harga pada carta XAU/USD, pelabur berkemungkinan perlu bersedia untuk penurunan lebih rendah harga untuk menuju paras sokongan pada 1875.00.
Penurunan seterusnya melepasi paras sokongan tersebut dilihat akan ke paras 1850.00 dan untuk tempoh lebih panjang, jangkaan harga emas akan kembali menguji semula paras tumpuan 1800.00.
Namun, pelabur akan lebih gembira sekiranya harga emas menyambung semula kenaikan harga seperti sebelum ini.
Zon rintangan 1900.00 perlu ditembusi sebelum jangkaan untuk harga meneruskan kenaikan ke paras sasaran 1950.00 semula.
Pelabur meletakkan harapan tinggi untuk mencapai paras ketinggian tersebut semula selepas harga menjunam dari paras itu di awal Januari 2021.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI