Keresahan pelabur terhadap jangkaan untuk emas alami kejatuhan menjadi kenyataan semalam apabila logam kuning itu susut semula di bawah paras harga $1,800 per auns.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan penurunan harga pada awal sesi New York semalam berikutan pengukuhan sementara mata wang US dolar.
Pengukuhan US dolar telah menekan harga emas untuk jatuh di bawah paras 1800 semula didorong oleh peningkatan pada hasil perbendaharaan AS.
Namun harga meningkat semula setelah penurunan menguji zon RBS (resistance become support) 1785.00.
Harga kembali semula berlegar di sekitar paras 1800.00 namun masih memberikan isyarat trend bearish apabila kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta XAU/USD.
Bersambung pada dagangan Khamis, pergerakan harga perlahan di sesi Asia sebelum penurunan harga diteruskan pada sesi Eropah untuk menuju semula ke zon RBS 1875.00 yang diuji pada hari semalam.
Dijangka penurunan lebih rendah yang diteruskan akan menuju ke zon support harga pada 1765.00 yang diuji pada minggu lalu.
Harga perlu melonjak semula di atas paras 1800.00 untuk memberi keyakinan terhadap pelabur untuk peningkatan bagi harga emas.
Sekiranya harga berjaya melepasi semula paras 1800.00, kenaikan harga yang diteruskan dilihat akan menuju ke zon SBR (support become resistance) 1820.00 sebelum kenaikan lebih tinggi akan ke paras 1850.00 semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI