Dagangan emas terus kecundang sementara US dolar terus pamerkan pengukuhan menuju ke penghujung minggu.
Setelah pelabur menyaksikan penurunan harga emas di bawah paras $1,800 pada Selasa lalu, penurunan tersebut tidak berakhir di situ apabila harga terus susut lebih rendah.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah meneruskan penurunan sehingga ke paras 1770.00 setakat sesi New York semalam.
Harga dilihat kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang masih menunjukkan isyarat trend bearish.
Namun pada dagangan yang bersambung sehingga ke sesi Eropah pada hari ini (Khamis) melihatkan kenaikan semula harga emas ke zon SBR (support become resistance) sekitar 1785.00.
Paras tersebut sebelum ini menjadi sokongan harga ketika penurunan yang dipamerkan pada dagangan awal Februari lalu, namun telah berjaya ditembusi pada penurunan minggu ini.
Kenaikan harga ke zon SBR tersebut akan dipantau sebelum halangan MA50 akan turut diuji sama ada harga mampu menembusinya.
Jika gagal, harga dijangka akan menyambung penurunan lebih rendah sehingga ke zon support pada 1765.00. Paras ini juga menjadi paras sokongan harga ketika dagangan November tahun lalu.
Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi halangan MA50, paras tumpuan pada 1800.00 seterusnya akan diuji.
Kenaikan lebih tinggi dengan jangkaan perubahan trend pada carta XAU/USD akan mendorong harga menuju zon rintangan pada 1820.00 semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI