Dagangan emas melengkapkan pergerakan mendatar harga sepanjang minggu ini selepas pelabur menyaksikan kejatuhan ketara nilai logam kuning tersebut pada minggu sebelumnya.
Jika diperhatikan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, selepas harga menyentuh paras terendah di awal minggu sekitar 1817.00, harga mula meningkat semula namun menunjukkan pergerakan lebih mendatar.
Kenaikan harga juga tidak mencapai paras rintangan 1875.00 pada zon SBR (support become resistance).
Sentimen pergerakan harga dilihat lebih berkisar terhadap situasi di Amerika Syarikat (AS) dengan cadangan pakej rangsangan ekonomi oleh bakal Presiden Joe Biden serta ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.
Harga emas dipengaruhi oleh turun naik nilai US dolar dalam pasaran di mana perkembangan terbaru menunjukkan kejatuhan semula nilai US dolar selepas ucapan dovish oleh Powell untuk pelonggaran polisi lebih lanjut di AS.
Harga berlegar di sekitar paras 1850.00 malah lebih perlahan pada paras harga tersebut pada dagangan hari ini sebelum menutup tirai dagangan minggu ini.
Jika penurunan harga berlaku, zon support pada 1820.00 akan diuji sekali lagi sebelum harga memberi petunjuk untuk meneruskan penurunan lebih rendah atau peningkatan semula harga.
Jika kenaikan berjaya dilakukan, harga bakal menguji semula zon SBR 1875.00 sebelum lonjakan lebih tinggi menuju ke paras tumpuan 1900.00.
Pelabur akan kekal berwaspada sehingga harga memberi isyarat arah pergerakan yang lebih jelas dalam pasaran.
Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI