Harga emas mencatatkan peningkatan pada pembukaan pasaran awal minggu ini di sesi Asia bagi memulakan dagangan untuk bulan Mei.
Pada Jumaat lalu, pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat mendatar selepas harga menjunam pada hari sebelumnya.
Harga mendatar di atas paras sokongan 1765.00 pada zon RBS (resistance become support) yang menjadi kesukaran untuk harga menembusinya.
Malah, harga kembali membuat kenaikan semula dari zon RBS tersebut pada pagi ini dan telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat awal trend bullish.
Walaupun begitu, pelabur masih perlu berjaga-jaga ekoran situasi pengukuhan US dolar yang dipamerkan pada penghujung minggu lalu.
Jika US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan pada minggu ini, harga emas berkemungkinan boleh susut semula.
Sehingga bersambung pada sesi Eropah, harga masih positif untuk meneruskan kenaikan dan bakal menguji zon rintangan pada sekitar 1785.00.
Seterusnya, pelabur emas akan kembali gembira dengan jangkaan harga akan terus menuju sasaran sebelum ini iaitu pada paras 1800.00.
Sebaliknya, jika harga membuat penurunan semula, zon RBS 1765.00 akan diuji sekali lagi. Penurunan lebih rendah di bawah zon tersebut akan mendorong harga untuk jatuh semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti di paras 1745.00 dan 1720.00.
Lebih parah jika harga emas terus susut, harga akan menuju zon support 1700.00-1765.00 yang menyokong peningkatan semula harga emas pada dagangan Mac lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI