Pergerakan harga emas agak agresif pada permulaan dagangan awal minggu ini dengan corak kenaikan yang dipaparkan sejak sesi Asia bermula.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dibuka di atas paras 1862.00 menunjukkan penurunan pada awal sesi Asia namun setelah jatuh ke paras 1850.00 yang menjadi paras sokongan harga, corak kenaikan mula dipamerkan.
Sesi Eropah memaparkan pergerakan turun naik harga yang lebih bergelora apabila harga melonjak ke paras ketinggian 1870.00 sebelum susut semula lebih 100 pips membuatkan pelabur resah.
Lonjakan emas ini dilihat turut mengiringi lonjakan harga perak yang mencapai paras ketinggian harga terbaru sejak April tahun lalu.
Namun, gelora itu tidak terhenti disitu sahaja selepas harga emas dilihat masih mengekalkan momentum kenaikan.
Paras ketinggian yang dicapai Jumaat lalu sekitar 1875.00 menjadi paras sasaran terhampir dan pelabur akan menilai sama ada harga mampu mengatasi ketinggian tersebut.
Jika harga terus melonjak tinggi, paras tumpuan utama harga adalah kembali terarah semula pada 1900.00 selepas harga jatuh dari paras tersebut pada Ogos tahun lalu.
Namun jika corak kenaikan harga gagal dikekalkan, penurunan harga dilihat akan disokong pada paras 1850.00 semula.
Melepasi paras tersebut dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga akan memberi isyarat buat pelabur bagi permulaan trend bearish untuk emas.
Penurunan lebih rendah akan menjadikan paras support 1800.00 sebagai destinasi tumpuan utama pelabur.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI