Tak ramai yang melabur dalam koin Enjin (ENJ), satu nama yang cukup familiar dengan lidah Melayu.
Secara asasnya, Enjin merupakan platform gaming yang dibangunkan di blockchain Ethereum. Memiliki token tersendiri, ENJ pada awalnya dibangunkan dengan token ERC-20 sebelum ditukarkan kepada token ERC-1155 pada 2019.
Untuk pengetahuan, ERC-1155 adalah standard nonfungible token (NFT) bagi platform Ethereum yang diperkenalkan sendiri oleh Enjin pada 2018. Pada tahun yang sama juga Enjin telah melancarkan blockchain wallet bagi versi android, disusuli dengan versi iOS beberapa bulan kemudian.
Apa yang menjadikan Enjin lain daripada yang lain ialah platform ini sepenuhnya manfaatkan kit pembangunan perisian (software development kits, SDK) dan API terbuka.
Dengan kekuatan tersebut, pengguna bebas untuk mencipta aset digital di Ethereum dan integrasikan dengan games, aplikasi termasuk boleh digunakan di pelbagai jenis platform baik PC hingga ke peranti mudah alih.
Pada hujung Mac, Enjin melancarkan blockchain untuk NFT yang dikenali sebagai Efinity. Ia dibangunkan di Polkadot dengan fokus untuk games, aplikasi, perniagaan dan pencipta. Menariknya, transaksi di Efinity cuma menelan masa selama 6 saat, berbeza dengan Ethereum mengambil masa 15 saat.
Enjin juga telah bekerjasama dengan pembangun platform social gaming, GameTalkTalk iaitu Ludena Protocol untuk pasaran NFT di Korea Selatan memandangkan negara itu memiliki kadar minat gaming dan matawang kripto yang tinggi.
Dikhabarkan Enjin dalam rancangan untuk menerbitkan standard token cross-chain baharu dikenali ‘paratoken’, yang akan membolehkan sebarang jenis token sama ada NFT atau fungible dari mana-mana blockchain berpindah ke rangkaian Efinity dan digunakan di seluruh ekosistem Polkadot dan Kusama.
Paratoken lebih maju berbanding ERC-1155 yang pernah diperkenalkan pada 2017 dan digunakan oleh syarikat besar seperti Microsoft, Nike, OpenSea dan banyak lagi.
Namun, ini sekadar permulaan kerana Enjin memiliki lebih banyak projek yang bakal dilancarkan secara berperingkat. Nantikan!