Mengenali reka bentuk blockchain, anda tidak akan terlepas dengan penggunaan teknologi lapisan-1 dan lapisan-2.
Misalnya kalau anda baca tentang Polygon, ia dikenali sebagai penyelesaian lapisan-2 untuk Ethereum.
Penting ke kewujudan lapisan-2 bagi kebanyakan blockchain ini?
Lapisan-1
- Rangkaian lapisan-1 merujuk kepada blockchain, rangkaian utama dan paling asas.
- Contoh rangkaian lapisan-1:
- Bitcoin
- Ethereum
- Litecoin
Lapisan-2
- Rangkaian yang dibangunkan di atas blockchain
- Contoh rangkaian lapisan-2:
- OmiseGO
- Lightning Network
Penyelesaian lapisan-1
- Hadir sebagai lapisan tambahan terhadap protokol asas blockchain untuk meningkatkan skalabiliti.
- Mampu mengubah ketetapan protokol secara langsung untuk meningkatkan kapasiti dan kelajuan transaksi.
- Memasukkan lebih banyak pengguna dan maklumat.
- Contohnya:
- Jumlah data bagi setiap boleh dapat ditambah
- Melajukan transaksi pada blok, sekaligus melambakkan hasil pengeluaran rangkaian.
- Penyelesaian lapisan-1 yang kerap ditemui:
- Perubahan protokol konsensus
- Proof-of-Work (PoW) sangat sinonim dengan rangkaian lapisan-1 seperti Bitcoin.
- Ethereum juga menggunakan PoW dan sedang dalam fasa peralihan kepada Proof-of-Stake (PoS).
- Sharding
- Merujuk kepada pembahagian transaksi di rangkaian kepada beberapa set data kecil yang dikenali sebagai “shards”.
- Shards ini kemudian diproses secara serentak.
- Ethereum 2.0, Zilliqa, Tezos, dan Qtum sedang mengkaji fungsi ini.
- Perubahan protokol konsensus
Penyelesaian lapisan-2
- Hadir sebagai sebuah rangkaian yang menyelesaikan isu di lapisan-1. Dikenali juga sebagai rangkaian lapisan-2.
- Meningkatkan skalabiliti dan keefisienan sesebuah blockchain.
- Boleh anggap ia sebagai ‘pengembangan’ rangkaian untuk mengurangkan bebanan transaksi.
- Sebahagian daripada transaksi dipindahkan kepada lapisan-2 sebelum diproses dan dilaporkan kembali kepada rangkaian utama untuk mengesahkan transaksi.
- Mengurangkan kesesakan blockchain, menjadikan ia lebih berskala.
- Contohnya:
- Rangkaian Lapisan 1: Bitcoin yang masih menggunakan PoW.
- Penyelesaian Lapisan 2: Lightning Network.
- Penyelesaian lapisan-1 yang kerap ditemui:
- Blockchains berkelompok (nested blockchains).
- Siaran berpusat (state channel).
- Sidechains
Bagaimanapun, kedua-duanya memiliki masalah yang perlu diatiasi, digelar sebagai ‘scalability trilemma’. Disebabkan itu, Algorand dibangunkan dengan tujuan untuk menyelesaikan isu ini melalui penerapan mekanisme konsensus Pure Proof of Stake (PPoS).
Apa-apa pun dalam ekosistem kripto, skalabiliti amat penting untuk menjalankan transaksi yang pantas.