Kenali Kripto: Algorand (ALGO), Pesaing Terdekat Ethereum (ETH)

2,353

Mungkin pembaca Intraday sudah kenal Algorand (ALGO), mungkin juga tidak.

Sama seperti kebanyakan teknologi kripto, Algorand merupakan sebuah blockchain desentralisasi yang tampil sebagai alternatif Bitcoin.

Kurangnya Bitcoin ialah pada aspek transaksi yang perlahan dan kos perlombongan yang tinggi. Disebabkan itu Algorand memfokuskan kepada kelebihan seperti transaksi yang boleh diaudit, laju, dan selamat.

TRIVIA ALGORAND (ALGO)

  • Penubuhannya
    • Merupakan idea saintis komputer juga profesor Massachusetts Institute of Technology (MIT), Silvio.
    • Dilancarkan pada 2019 dengan rekabentuk yang berbeza daripada teknologi kripto terdahulu.
    • Tampil sebagai alternatif Bitcoin: isu transaksi perlahan dan kos perlombongan yang tinggi dan tidak mesra alam.
    • Hampir menyamai Ethereum: didatangi dengan fungsi transaksi yang lebih laju, hampir sekelip mata.
    • Mampu memproses sehingga 1,000 transaksi per saat (tps) dan mengakhiri keseluruhan transaksi dalam tempoh < 5 saat.
  • Teknologinya
    • Menggunakan mekanisme konsensus Pure Proof of Stake (PPoS).
      • Pengesah (validators) beri ganjaran kepada semua pemegang koin ALGO tanpa perlu staking.
      • Pemegang ALGO berpeluang menyaksikan peningkatan jumlah koin mereka pada kadar 4%-6% setiap tahun.
    • Menyokong tiga jenis kontrak pintar:
      • Kontrak pintar tidak nyata (stateless smart contract)
        • Pengesahan transaksi diantara pelbagai pihak, seperti escrow.
      • Kontrak pintar nyata (stateful smart contract)
        • Beroperasi berdasarkan program logikal untuk simpanan data di blockchain.
      • Kontrak pintar Algogeneous (Algogeneous smart contract)
        • Gabungan kontrak pintar tidak nyata dengan kontrak pintar nyata, dan direkod menggunakan bahasa pengaturcaraan Transaction Execution Approval Language (TEAL).
      • Kehadiran kontrak pintar di blockchain ini bermakna Algorand juga mampu menyokong aplikasi desentralisasi (dApps), non-fungible token(NFT), kewangan desentralisasi (DeFi) dan organisasi desentralisasi autonomi (DAO).
  • Koinnya – ALGO
    • Algorand Standard Asset Protocol (ASA)
      • Ciri yang terdapat dalam koin ALGO, berbeza dengan kebanyakan koin kripto.
      • ASA menyerupai standard token Ethereum – ERC20.
      • Kewujudan ASA menjadikan penggunaan ALGO lebih luas: tidak hanya ‘menulis’ kontrak pintar tetapi juga boleh menghasilkan aset dan penubuhan kontrak pintar baharu.
    • Penghasilan ALGO langsung tiada pelepasan karbon seperti perlombongan Bitcoin (BTC).
    • Jumlah maksima ALGO hanya terhad pada 10 bilion dan yang berada di dalam kitaran semasa adalah sebanyak 6.31 bilion.
    • Ketika penulisan artikel ini, seunit ALGO bernilai $1.69.

Ketika ini mungkin anda tertanya, adakah Algorand jauh lebih baik berbanding Ethereum?

Sebagai rekod, kebanyakan pengguna Ethereum beralih kepada rangkaian yang menawarkan kos transaksi murah seperti Algorand, Solana, Tezos, dan Hedera Network.

Jika berminat untuk dapatkan Algorand (ALGO), boleh berbuat demikian di bursa kripto: Binance, Coinbase, Huobi, KuCoin, Crypto.com.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat