Dolar Australia berjaya mengekalkan peningkatan berbanding US dolar sejak minggu lalu sehingga mencapai paras tertinggi 5 minggu ke paras 0.78000 pada Selasa lalu.
Pada carta harga pasangan AUD/USD, dapat dilihat siri kenaikan harga dari paras support 0.75700 sejak awal Februari sehingga ke minggu ini.
Namun, dagangan pada Selasa yang mencapai paras tertinggi itu juga turut menampilkan isyarat perubahan trend penurunan semula.
Harga kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada dagangan Rabu semalam dengan paras terendah harian mencecah bawah paras 0.77300. Namun harga kembali meningkat semula untuk menutup dagangan sesi New York lebih tinggi.
Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi Khamis, harga dilihat menguji halangan MA50 namun masih belum berjaya menembusinya sehingga awal sesi Eropah.
Tumpuan terarah pada laporan data pekerjaan Australia untuk bulan Januari yang diterbitkan dengan angka pertambahan yang masih rendah sekitar 29,100.
Walau bagaimanapun, kadar pengangguran di Australia mencatatkan peratusan yang menurun kepada 6.4% lebih rendah berbanding jangkaan penurunan kepada 6.5% daripada 6.6% bacaan sebelumnya.
Namun, laporan tersebut gagal merangsangkan dolar Aussie dengan jangkaan harga bakal menyambung penurunan pada sesi berikutnya.
Penurunan lebih rendah harga akan dijangka menuju ke zon sokongan sekitar 0.76700-0.76500.
Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi melepasi halangan MA50, zon resistance 0.78000 akan kembali dituju harga.
Pelabur juga akan memantau sentimen US dolar yang dilihat kembali memacu pergerakan harga dalam pasaran.
Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI