Sentimen risk-on pasaran kekal memberi kelebihan terhadap dagangan bagi mata wang komoditi khususnya dolar Australia yang terus mengukuh pada minggu ini berbanding US dolar.
Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, pergerakan harga sedikit perlahan pada sesi Asia pagi ini (Khamis) setelah menutup dagangan di sesi New York sebelumnya pada paras ketinggian yang terbaru.
Dengan faktor penyusutan US dolar juga, harga berpotensi meneruskan lagi kenaikan untuk merekodkan paras tertinggi terbaru 3 tahun.
Trend kekal bullish dengan pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang dilihat pada carta AUD/USD.
Setelah mencapai paras ketinggian sekitar 0.79700 pada penghujung sesi New York, dagangan pada hari ini akan mensasarkan paras 0.8000 sebagai destinasi yang akan diuji harga.
Namun, dengan siri kenaikan harga sebelum ini serta momentum yang dipaparkan di awal minggu, harga dijangka berpotensi untuk menembusi paras ketinggian 0.8000 sebelum menuju pula ke paras 0.81000 untuk menguji pula paras rintangan pada Januari 2018 itu.
Walaupun begitu, pelabur tetap perlu menilai jangkaan bagi situasi penurunan harga sekiranya sentimen pasaran mula berubah.
Harga yang turun di bawah paras sokongan MA50 semula akan memberi isyarat untuk permulaan trend bearish.
Penurunan harga dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) pada 0.78200 sebelum menuju ke paras tumpuan lebih rendah sekitar 0.77300.
Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI