Mata wang dolar Australia pamerkan peningkatan sejak awal pembukaan sesi Asia pagi ini menyambung corak kenaikan harga pada pembukaan pasaran awal minggu.
Namun momentum tersebut gagal dikekalkan selepas reaksi pasaran terhadap keputusan mesyuarat bank pusat Australia yang terbaru.
Reserve Bank of Australia (RBA) terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 0.10% dan dasar monetari yang longgar dan mengulangai bahawa kadar tidak akan ditingkatkan sehingga inflasi stabil berada di paras 2-3%.
Pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga yang telah meningkat ke paras sekitar 0.77680 kembali susut semula bersambung pada awal sesi pasaran Eropah.
Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam akan diuji setelah harga berjaya menembusi paras tersebut semalam bagi memberi isyarat untuk trend menaik harga.
Sekiranya paras tersebut berjaya menyokong semula kenaikan harga, berkemungkinan harga akan membuat kenaikan menuju zon rintangan 0.78000 yang turut diuji pada minggu lalu.
Kenaikan harga juga bakal didorong oleh faktor penyusutan berterusan US dolar pada awal minggu ini dengan kewaspadaan pelabur menjelang laporan data pekerjaan NFP AS.
Namun jika penurunan harga selepas mesyuarat RBA sebentar tadi berterusan, penurunan harga dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) sekitar 0.76700-0.76500 yang turut diuji minggu lalu.
Penurunan lebih rendah harga melepasi zon tersebut akan didorong menuju semula ke zon support pada April sekitar 0.75300.
Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI