Lonjakan harga komoditi seperti minyak mentah, tembaga sehingga kepada kayu dan produk tenusu telah menyokong kenaikan nilai bagi mata wang komoditi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand.
Sentimen positif pasaran terus memberi kelebihan terhadap dolar Aussie sementara US dolar kekal bergerak lemah pada dagangan awal minggu ini.
Pelabur juga dijangka akan berwaspada menantikan ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang boleh mempengaruhi pergerakan US dolar di sesi New York.
Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak Februari 2018 lalu selepas harga telah melepasi paras 0.79000.
Minggu lalu, pelabur juga menyaksikan lonjakan harga yang melepasi zon rintangan 0.78000 pada penghujung minggu yang menguatkan lagi isyarat trend bullish.
Dengan pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50), jangkaan untuk harga meneruskan trend kenaikan akan mendorong harga menuju ke paras 0.8000.
Jika berlaku penurunan semula harga, paras support harga dilihat pada zon RBS (resistance become support) 0.78200-0.78000.
Penurunan harga di bawah paras sokongan MA50 semula juga akan memberikan isyarat untuk perubahan trend bearish pada carta AUD/USD.
Penurunan lebih rendah seterusnya dilihat akan menuju zon RBS pada 0.77400 dan kemudiannya pada 0.76500.
Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI