Baru sahaja dilancarkan, tiga produk wallet SafeMoon berhadapan dengan masalah teknikal. Ia melibatkan laman web yang menempatkan fungsi beli dan penukaran, wallet Android dan iOS.
Khabar yang tidak menggembirakan itu dimuatnaik sendiri oleh CEO SafeMoon, John Karony melalui akaun Twitter rasminya kurang daripada 30 minit selepas pelancaran wallet pada 28 Ogos.
Technical difficulties….
Will update shortly.Get ready! #SAFEMOONARMY is too strong.
— John Karony (@CptHodl) August 28, 2021
Semalam, pihak mereka ada menjelaskan akan melancarkan semula produk tersebut secara berperingkat bermula dengan fungsi pembelian dan penukaran di laman web pada hari yang sama.
Mujurlah pada hari ini ada beberapa perkembangan baik berkaitan projek tersebut.
Dalam twit terbaru COO Safemoon, Jack Haines memberitahu bahawa fungsi penukaran di laman web kembali bersiaran bagi dua pasangan aset: BNB/Safemoon dan ETH/Safemoon, diikuti kripto yang lain akan ditambah beberapa hari lagi.
Begitu juga serangan DDOS atau DDOS attack berjaya ditangani, termasuk pemindahan laman web, pengemasan pelancaran Android, ketersediaan beberapa matawang dan kripto ERC, dan sambungan wallet seperti MetaMask, Trust Wallet, dan Wallet Connect.
SafeMoon merupakan antara projek kripto yang berjaya mencetuskan keterujaan peminatnya melalui jaminan ‘keselamatan, berkualiti, dan ketersediaan’. Malah, hashtag #SAFEMOONWALLET menjadi trending, diikuti penampilan billboard SafeMoon di London’s Piccadilly Circus.
Bagaimanapun, gara-gara isu teknikal ini menyebabkan SafeMoon menerima kritikan hebat dan fear, uncertainty and doubt (FUD). Ada juga segelintir pengguna Twitter menuduh SafeMoon telah menipu penggunanya.
SAFEMOON mencatatkan penurunan setelah meningkat daripada $0.00000184 kepada $0.00000365 pada 28 Ogos.
Ketika penulisan, aset ini didagangkan pada $0.000002412, susut hampir 13% dalam 24 jam.