Dalam perkongsian video yang dimuatnaik di laman Twitter, CEO Microstrategy Michael Saylor mencadangkan Nigeria dan Zimbabwe untuk membeli sejumlah Bitcoin (BTC) bernilai dalam anggaran $2-$3 bilion sebagai langkah membaiki masalah ekonomi yang dilanda.
Pada masa yang sama, kedua-dua negara ini juga disarankan untuk menghasilkan matawang yang disokong oleh Bitcoin – “bitcoin standard”.
Jelasnya, cara itu mampu menamatkan masalah kebuluran dan mendorong Nigeria dan Zimbabwe ke arah kehidupan yang lebih baik.
Saylor turut memetik Turki, sebagai negara seterusnya yang patut membeli bitcoin bernilai $5 bilion, jadikannya sebagai sokongan kepada matawang lira dan hodl untuk tempoh 5 tahun jika mahukan lira lebih kukuh.
Cadangan figura ini mengingatkan kepada El Salvador yang mendahului Zimbabwe, Nigeria, dan Turki dalam aspek penerapan bitcoin dalam ekonomi negara.
Cuma beza El Salvador, negara ini tidak seperti kebanyakan negara lain termasuk Nigeria yang telah memilih untuk melancarkan matawang digital kerana mahu mengurangkan kebergantungan terhadap BTC.
Saylor yakin, jika tidak sekarang cadangannya diambil serius, mungkin pada masa akan datang. Pada masa itu, Bitcoin akan diperakui sebagai “the kingmaker” seperti yang didakwa Saylor.