Khabar duka apabila majistret menolak permohonan Ripple untuk mendapatkan dokumen berkaitan aktiviti perdagangan kripto para pegawai Securities and Exchange Commission (SEC).
Sebagai rekod, Ripple telah membuat permohonan tersebut bagi mengenalpasti penglibatan terlibat pegawai SEC dalam perdagangan jual beli Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), dan XRP tetapi ditolak hakim Sarah Netburn semalam.
Ini rincian rayuan yang dikemukakan:
- Ripple telah berjumpa SEC sebanyak empat kali sejak 8 Julai untuk mendapatkan rekod transaksi kripto para pegawai agensi itu.
- Peguam Ripple telah meminta dokumen yang membuktikan keputusan pra-persetujuan perdagangan berkaitan: XRP, BTC, ETH, atau mana-mana matawang kripto lain sebelum maklumat itu diteliti dekat.
- Namun, rundingan antara kedua-dua pihak tidak membawa perkembangan yang mengujakan.
Netburn menjelaskan penolakan rayuan itu adalah berdasarkan status XRP sama ada sekuriti atau tidak, gagal diputuskan hanya berdasarkan proses pra-persetujuan: “Ripple membuktikan keputusan perdagangan individu seperti itu boleh dijadikan sokongan terhadap kes ini.”
Sebelum ini, SEC telah mengenakan syarat kepada pegawainya untuk mendapat kebenaran sebelum membuat perdagangan mana-mana sekuriti tetapi idak menyediakan garis panduan dalaman berkaitan perdagangan kripto sehingga Januari 2018.
Pada awal Mac 2019, SEC tanpa kompromi telah mengeluarkan saman dan perintah siasatan terhadap Ripple. Susulan daripada itu, pegawai SEC telah disekat untuk membuat perdagangan XRP secara serta-merta.