Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks,Micheal Gavin, baru-baru ini mengumumkan kempen beli kopi di Starbuck dengan Bitcoin. Dengan kata lain, pelanggan Starbucks dapat melakukan pembayaran barangan dengan menggunakan Bitcoin melalui dompet digital Bakkt.
Starbucks, mengatakan bahawa kira-kira 500,000 orang mengambil bahagian dalam percubaan perkhidmatan tersebut. Bagi menggunakan perkhidman ini, pelanggan dikhendaki memuat turun aplikasi Bakkt di Google Play Store atau Apple Store, kemudian membayar kopi menggunakan Bitcoin. Gavin merancang untuk memperluaskan penawaran perkhidmatan kripto kepada semua orang.
Selain Starbuck, beberapa kedai runcit lain dilaporkan telah menerima Bitcoin sebagai pilihan pembayaran melalui aplikasi Bakkt. Antaranya ialah Fiserv, Golfnow dan Best Buy. Karl Helbert dari Starbucks mengatakan dengan pilihan tambahan ini, pelanggan dapat memanfaatkan sepenuhnya aset digital mereka.
Starbuck sehigga kini adalah rangkaian kedai kopi terbesar di dunia dengan lebih daripada 30,000 lokasi di seluruh dunia. Pendapatan tahunan Starbucks adalah sekitar $ 26.50 bilion.