Setelah dinanti-nantikan oleh pasaran sejak minggu lalu, Presiden AS Joe Biden akhirnya melancarkan pakej infrastruktur bernilai lebih $2 trilion pada hari Rabu.
Rancangan yang dijelaskan oleh Biden merangkumi perbelanjaan sekitar $2.25 trilion selama 8 tahun dan beliau juga akan menaikkan kadar cukai korporat dari 21% kepada 28% untuk membiayai perbelanjaan tersebut.
Bercakap di sebuah dewan kesatuan di Pittsburgh, Biden menyifatkannya sebagai visi untuk mewujudkan ‘ekonomi inovatif terkuat, paling berdaya tahan di dunia’ dan dibantu oleh berjuta-juta pekerjaan.
White House mengatakan kenaikan cukai, digabungkan dengan langkah-langkah yang dirancang untuk menghentikan pengurangan keuntungan akan membiayai rancangan infrastruktur dalam masa 15 tahun.
‘Rancangan Pekerjaan Amerika’, seperti yang digelarkan oleh kerajaan, merangkumi peruntukan sebanyak $620 bilion untuk pengangkutan dan $650 bilion untuk inisiatif seperti air bersih dan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Rancangan Biden juga akan memperuntukkan $580 bilion untuk pembuatan Amerika yang akan merangkumi $180 bilion bagi program penyelidikan dan pembangunan bukan pertahanan terbesar yang pernah direkodkan, serta $400 bilion untuk penjagaan orang tua dan kurang upaya.
Bagaimanapun, Biden bakal menghadapi tentangan daripada penggubal undang-undang Republikan, terutamanya mengenai rancangan beliau untuk membayar pakej tersebut dengan kenaikan cukai.
Untuk pengetahuan, ketika zaman pemerintahan Donald Trump, Republikan telah menurunkan kadar cukai korporat dari 35% kepada 21% pada tahun 2017, jadi tidak hairanlah jika kenaikan oleh Biden ini akan membangkitkan kemarahan mereka.