Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Inisiatif crowfunding yang diusahakan oleh Binance telah mencatatkan keuntungan berganda bagi pemegang kripto sejak awal lagi.
Melalui Binance Launchpad dan Binance Launchpool, sejumlah token bernilai $143 juta telah diedarkan kepada pemegang matawang kripto.
Dengan lonjakan sebanyak 553%, jumlah kumulatif bagi kesemua aset tersebut kini mencecah $934 juta.
Sebagai rekod, Binance Launchpad yang dilancarkan pada 2019 telah mengedarkan beberapa aset kripto bernilai $57.80 juta dari 23 projek berbeza, mencatatkan keuntungan sebanyak 1,154% dengan nilai semasa $725.20 juta.
Manakala bagi Binance Launchpool yang dilancarkan pada 2020, sejumlah aset kripto dari 17 projek berbeza bernilai $85.30 juta telah diedarkan. Keuntungan yang direkod mencatatkan peningkatan sebanyak 145% kurang daripada setahun dengan nilai keseluruhan $209.80 juta.
Berdasarkan laporan Binance pada 25 Jun, antara token yang menunjukkan prestasi positif di Launchpad melibatkan: Polygon (MATIC) +46120%, Elrond (EGLD) +10361% , WazirX (WRX) +6065%, Axie Infinity (AXS) +3710% dan Injective (INJ) +3353%.
Launchpool pula menyaksikan My Neighbor Alice (ALICE) +4380%, Alpha Finance (ALPHA) +1906%, Reef Finance (REEF) +1113%, Litentry (LIT) +920% dan Unifi Protocol DAO (UNFI) +412% sebagai koin yang mencatatkan prestasi tertinggi.























































