Bitcoin (BTC) kembali mengukuh ke paras $55,753 pada malam tadi mengundang kelegaan dalam kalangan pelabur matawang kripto.
Ketika penulisan, aset ini bagaimanapun susut lebih 2.4% dari paras tersebut, didagangkan pada $54,391 dengan peningkatan hampir 7% dalam 24 jam.
Nilai pasaran Bitcoin juga kembali melepasi nilai $1 trilion dengan lonjakan lebih 6% kepada $1.22 trilion buat kali pertama sejak Mei.
Pergerakan memberangsangkan ini didorong oleh dua sentimen positif yang dapat diperincikan:
- Tiada sekatan daripada SEC
- Semalam dilaporkan SEC tiada rancangan untuk menyekat sektor kripto.
- Kenyataan tersebut didedahkan sendiri oleh pengerusinya, Gary Gensler yang mana dilihat turut bersetuju dengan langkah yang diambil oleh pengerusi Federal Reserves, Jerome Powell pada minggu lepas.
- Gesaan Undang-Undang Kripto Dipinda
- Penggubal undang-undang mahu undang-undang kripto dipinda bagi memastikan ada ruang untuk kumpulan pembangun kripto membangunkan aset digital
- Tempoh 3 tahun bagi sesebuah projek tanpa pendaftaran bagi tujuan untuk membangunkan rangkaian desentralisasi sepenuhnya.
- SEC Mahu Luluskan ETF Bitcoin
- Timbul desas-desus yang mengatakan SEC mungkin akan meluluskan ETF Bitcoin dalam dua minggu lagi, 18 Oktober 2021.
- Buat masa sekarang, dilaporkan sebanyak 13 firma profil tinggi telah mengemukakan permohonan ETF Bitcoin kepada SEC.
- Bagaimanapun, tidak pasti sejauh mana kesahihan khabar ini kerana SEC telah membuat keputusan untuk meluluskan empat ETF Bitcoin pada hujung 2021.
- Global X, Valkyrie, WisdomTree, dan Kryptoin dijangka akan mendapat kelulusan pada 21 November, 8, 11, dan 24 Disember.