Sekali lagi Bitcoin membuat kejutan dalam pasaran dengan mempamerkan penyusutan yang tajam memberi sedikit kegusaran kepada para pelabur.
Bitcoin dilihat pamer penyusutan sehingga ke paras harga $42,000, menyusut lebih 10% pada sesi dagangan semalam.
Namun, matawang kripto 5 yang teratas juga telah didorong dengan penyusutan tersebut, Ethereum susut 13%, Cardano 14%, BNB 13% dan XRP 17%.
Penyusutan yang berlaku telah didorong oleh 3 sebab utama yang dijelaskan dalam artikel sebelum ini.
Susulan itu juga para pelabur perlu berhati-hati terhadap ketidakpastian pasaran ketika ini yang dilihat semakin membimbangkan.
Selanjutnya, teliti carta pergerakan semasa harga BTC/USDT.
Dapat diperhatikan pasaran kripto masih di ambang lautan merah, Bitcoin susut 6% sehingga jatuh ke paras harga $40,000 pada sesi dagangan hari ini.
Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga Bitcoin dilihat sedang berusaha untuk memperoleh kembali momentum kenaikan dan sedang berlegar-legar di atas zon RBS (resistance become support) $42,000.
Penganalisa kripto menjangkakan, jika BTC kekal dengan trend bearish, zon RBS $42,000 tersebut bakal menjadi tumpuan untuk diuji sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.
Manakala, jika BTC berjaya peroleh kembali trend bullish, zon SBR (support become resistance) $45,000 bakal menjadi sasaran utama untuk diuji terlebih dahulu sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi.
Sewaktu penulisan, BTC/USDT didagangkan pada harga sekitar $42,700 susut lebih 6% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.