Sejak beberapa minggu lalu, tindakan China menyekat ekosistem matawang kripto dengan desas desus pengumuman terbaru bakal menghalang bank dan institusi kewangan daripada menawarkan perkhidmatan matawang kripto di negara tersebut.
Situasi ini membawa kepada kejatuhan harga secara besar-besaran dalam sebahagian pasaran kripto. Dalam masa yang sama, TRON juga masih lagi berusaha dalam melancarkan beberapa projek untuk memajukan dan meluaskan penggunaan coin TRX.
Tetapi coin yang mempunyai hubungan dengan China seperti NEO, Theta, VeChain dan TRON adalah sebahagian daripada kripto yang paling sukar mendapat kesan pergerakan harga selepas pengumuman itu.
CEO dan Founder Tron Justin Sun, baru-baru ini membincangkan prospek mengenai matawang digital di Bloomberg Asia dalam satu temu bual.
#Crypto Bull Run is not over! We are in the period of adjustment of the crypto bull market! #Bullish
Was happy to discuss the prospects for digital currencies and speak with Rishaad Salamat and Haslinda Amin on @BloombergAsia. @business @cryptohttps://t.co/VbhJgLR4lp
— H.E. Justin Sun 孙宇晨 (@justinsuntron) May 31, 2021
Beliau menyatakan yang “bull run belum berakhir” dan beliau juga percaya akan berlaku ‘Bull Market’ semula pada bulan Julai dan Ogos.
Sementara itu, jom lihat carta pergerakan harga TRX/USDT.
TRON mempamerkan reputasi kenaikan yang agresif apabila telah membuat lonjakan melebihi 500% bermula daripada pembukaan pasaran Januari 2021 sehingga mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang terbaru di paras harga $0.18.
Susulan daripada itu, harga TRX dijangkakan bakal membuat kenaikan untuk menguji zon SBR (support become resistance) sekitar harga $0.090.
Sekiranya pergerakan harga TRX berjaya menembusi rintangan $0.090, sasaran kenaikan yang lebih tinggi dilihat bakal menguji zon SBR seterusnya di paras harga $0.12 sebelum menuju ke paras ATH $0.18 yang pernah dicatatkan pada 17 April.
Namun, jika harga terus membuat penurunan ke paras harga yang lebih rendah, zon support sekitar harga $0.60 bakal diuji dan bakal menjadi tumpuan pelabur untuk jangkaan membuat ‘retracement’ atau terus mengekalkan trend bearish.
Pada masa penulisan, TRX didagangkan sekitar paras $0.075 susut 3%.
Lihat gambar carta matawang kripto TRX/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.