Pergerakan harga pada carta pasangan USD/JPY telah mendaki sehingga ke paras tertinggi 19 bulan sekitar 112.000 sebelum terus menjunam hampir 100 pips pada sesi New York semalam.
Faktor tersebut turut dipengaruhi oleh sentimen berisiko yang mana matawang safe-haven Yen mengambil kesempatan untuk menguasai matawang utama yang lain di kala kelemahan US dolar.
Penyusutan yang berlaku juga telah didagangkan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk memberi petanda yang lebih jelas pada carta harga USD/JPY untuk perubahan trend bearish.
Situasi ini telah mengakhiri siri kenaikan harga selama 6 hari berturut-turut sejak minggu lalu yang telah menghasilkan peningkatan sekitar 300 pips.
Menilai kepada aspek pergerakan semasa, penganalisis menjangkakan harga bakal menguji paras rintangan 111.600 dahulu untuk membuat LH (lower high) terbaharu sebelum menyambung penurunan ke paras lebih rendah.
Sekiranya penurunan harga berkemungkinan akan menguji semula zon RBS (resistance become support) 111.000 dan menuju ke zon RBS sekitar 110.000 untuk memberi isyarat pergerakan seterusnya.
Namun jika pergerakan kembali menembusi paras rintangan 111.600, harga dijangka bakal kembali menuju ke paras rintangan 112.000 semula dan menyangkal trend penurunan yang lebih rendah.
Lonjakan melepasi paras rintangan itu bakal menyokong pergerakan harga untuk mencipta paras tertinggi terbaharu untuk tempoh dagangan 3 tahun.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG