Cardano telah menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini kerana memulakan satu prestasi yang baik pada sesi dagangan bulan Ogos.
Sesi dagangan bulan Ogos, Cardano telah menghasilkan 50% lonjakan secara konsisten mencatatkan paras tertinggi terbaru $1.89.
Pandangan perspektif, Cardano telah mengatasi matawang kripto 5 teratas yang terbesar Bitcoin 25%, Ethereum 35% dan BNB 29% pada sesi dagangan bulan Ogos.
Semakin mendapat perhatian setelah Cardano melancarkan pelbagai projek, terutamanya hard fork Alonzo yang telah menarik perhatian para pelabur.
Seterusnya, melihat pada carta pergerakan harga semasa ADA/USDT.
ADA telah menyaksikan pergerakan harga yang drastik dengan menghasilkan 24% lonjakan pada sesi dagangan semalam.
Pandangan sudut teknikal, ADA dilihat masih kekal mempamerkan pergerakan harga positif dan sedang menguji kembali paras resistance sekitar $1.86.
Penganalisa kripto menjangkakan sekiranya ADA kekal dengan corak kenaikan, pergerakan harga bakal membuat paras tertinggi terbaru dan kemungkinan membuat lonjakan yang lebih tinggi.
Namun, sekiranya ADA kembali papar corak penurunan, harga bakal menguji kembali paras RBS (resistance become support) sekitar $1.75 sebelum membuat penurunan yang lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.
Sewaktu penulisan, ADA didagangkan pada harga sekitar $1.84 melonjak lebih 7% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto ADA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.