Setahun yang lalu ketika pelancaran kemaskini Shelley di Cardano (ADA), pengasasnya Charles Hoskinson yakin rangkaian itu akan menampung ratusan token dan ribuan dApps.
Bagaimanapun perintis Nugget’s News, Alex Saunders menafikan keupayaan tersebut, paling kurang mengambil masa 5 tahun untuk mencapai cita-cita Hoskinson.
Individu itu sekali lagi mengkritik pembangunan Cardano dalam twit terbaru semalam, menyatakan rangkaian Ethereum jauh lebih maju berbanding pesaing-pesaingnya.
One year later & still no:
-smart contracts
-erc20 convertor
-100s tokens
-1000s dApps
Nothing against @IOHK_Charles, I advise @Cardano projects, own $ADA & support all. But people need to realise network effects put $ETH 100x ahead of competitors. ⌛️🇹🇿🇪🇹https://t.co/fyzxA7uex9 pic.twitter.com/XWd75rGJdL— Alex Saunders 🇦🇺👨🔬 (@AlexSaundersAU) July 4, 2021
Cardano dikritik kerana masih belum membangunkan kontrak pintar, penukar ERC-20, dan jelas gagal menghampiri “ratusan token dan ribuan dApps”.
Kritikan ini mengundang perbalahan di antara pendukung Cardano dan Ethereum.
Manakan tidak, berdasarkan CardanoAssets.com sebanyak 6,861 aset tersedia di rangkaian itu dan majoriti daripadanya memiliki jumlah transaksi kurang daripada 1,000 bagi rekod bulanan.
Hoskinson tampil membalas kritikan yang diterima, menyatakan hanya mereka yang tidak memberi perhatian sahaja akan mendakwa sedemikian. Sedangkan Cardano sudah berjaya mencatatkan beberapa pelancaran aplikasi.
Cardano antara rangkaian yang sering diperlekehkan. Perkara yang sama pernah berlaku ketika pelancaran Shelley namun Hoskinson menganggap penangguhan itu satu perkara biasa. Setidak-tidaknya, figura itu percaya mereka sangat teliti dengan setiap pendekatan.
Ketika penulisan ADA mencatatkan nilai $1.42, susut hampir 1% dalam 24 jam. Aset ini telah mencatatkan peningkatan lebih 7% untuk tempoh seminggu.