Hard fork Cardano, Alonzo White secara rasminya telah bersiaran.
HARD FORK SUCCESSFUL: Delighted to report around 19.44 UTC today we successfully forked the #Alonzo testnet to the new #AlonzoWhite node. The new network is happily making blocks already. 1/5
— Input Output (@InputOutputHK) July 14, 2021
Untuk pengetahuan, hard fork Alonzo adalah salah satu pembaharuan yang dilakukan oleh pembangun Cardano dalam memperkenalkan ciri terbaru ke rangkaian tersebut.
Ia dilancarkan pada 27 Mei sebelum kontrak pintar dilancarkan sepenuhnya, iaitu pada penghujung Alonzo.
Sebagai rekod, Alonzo bersiaran mengikut fasa. Ia bermula dengan Alonzo Blue yang berlaku pada akhir Mei dan kini sudah memasuki Alonzo White mengikut tarikh yang ditetapkan.
Dalam fasa ini, rangkaian Cardano akan menyaksikan peningkatan jumlah testers (penguji) dan lebih banyak fungsi diterapkan.
Seterusnya, Alonzo akan berpindah kepada fasa Purple, yang mana ia dijangka akan tersedia untuk stake pool operators (SPOs) dan perintis.
Tamat ketiga-tiga fasa Alonzo ini, kontrak pintar akan beroperasi serta-merta dan menamatkan era Goguen.
Ini juga bermakna, Cardano bakal membangunkan sektor kewangan desentralisasi (DeFi) dan bersaing dengan rangkaian lain seperti Ethereum, Binance Smart Chain (BSC), dan Solana.
Malah, pengasasnya Charles Hoskinson tidak teragak-agak untuk memperkenalkan pasaran non-fungible token (NFT) sebaik sahaja Alonzo tamat.