Penyusutan semula dagangan US dolar dalam pasaran dapat dilihat dengan lebih jelas pada carta harga pasangan mata wang safe-haven USD/JPY di mana siri kenaikan harga sejak minggu lalu dijangka berakhir.
Namun masih awal untuk menentukan penurunan bagi pergerakan harga pada skala yang lebih besar.
Jika diperhatikan, sejak minggu lalu harga telah membuat kenaikan lebih tinggi selepas melepasi zon rintangan 104.800.
Kenaikan harga diteruskan sejak awal minggu ini dengan pergerakan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) kekal memberi isyarat trend bullish pada carta USD/JPY.
Namun pada Rabu lalu, harga yang mencapai paras ketinggian pada zon rintangan 106.200 gagal meneruskan kenaikan selepas dua kali menguji zon tersebut.
Harga kemudiannya menunjukkan penurunan semula dan bergerak lebih rendah di bawah paras halangan MA50 pada dagangan Khamis semalam yang memberikan isyarat untuk perubahan trend bearish berikutan penyusutan pada nilai US dolar.
Zon RBS (resistance become support) 105.600 diuji pada dagangan sesi Eropah pada hari ini yang menjadi paras sokongan harga.
Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut dilihat akan menuju semula ke zon RBS 104.800 sebelum penurunan seterusnya akan menguji paras support 104.400.
Namun jika harga berjaya kembali melonjak semula, zon resistance 106.200 yang dicapai pada minggu ini akan diuji sekali lagi.
Harga yang berjaya menembusi zon tersebut dilihat akan menuju ke paras 106.500 untuk menguji pula paras rintangan tersebut di samping mencatatkan paras tertinggi terbaru 5 minggu.
Apa-apa pun, pelabur perlu pantau faktor-faktor yang mempengaruhi mata wang US dolar di samping sentimen semasa pasaran bagi kedua-dua mata wang safe-haven ini.
Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI