Anggota ‘governing council’ bank pusat Eropah (ECB), Villeroy de Galhau menyuarakan dengan lantang agar peraturan kripto dapat diterapkan dengan lebih cepat. Kenyataan itu dikeluarkan di tengah pasaran kripto yang sedang kembali pulih.
Villeroy secara peribadi merupakan individu yang mendukung projek CBDC dan menyatakan sokongan agar bank-bank besar mempertimbangkan penggunaan CBDC. Beliau secara amnya berpendapat bahawa pasaran kripto berkembang pada kadar yang terpantas.
Villeroy juga menggalakkan Bank Pusat untuk turut mengambil bahagian dalam pasaran kripto. Di tambah pula risiko yang bakal ditimbulkan oleh Digital Yuan yang dikembangkan oleh kerajaan China.
Villeroy yang juga berperanan sebagai Presiden Bank of France, justeru seruannya untuk menerapkan peraturan kripto yang lebih cepat dapat menunjukkan langkah-langkah yang lebih ketat untuk menguasai pasaran kripto daripada peraturan kripto-sentris yang akan membantunya berkembang lebih jauh.
Setakat ini beberapa negara telah mendesak pengawal selia masing-masing untuk merangka dan mengimplimentasikan peraturan kripto dalam pasaran sebagai tujuan untuk melindungi pelabur.
Amerika Syarikat menerusi Suruhanjaya Sekuriti,Gary Gensler telah memberi jaminan bahawa mereka tidak mempunyai perancangan untuk melarang aktiviti kripto namun menyatakan hasrat untuk mengenakan peraturan yang ketat.