Dagangan minyak mentah kekal stabil di sekitar paras ketinggian dua bulan selepas menyaksikan kejatuhan ketara dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat.
Terbaru, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan penurunan mendadak dalam inventori minyak mentah AS sebanyak 8 juta tong pada minggu lalu, jauh melebihi jangkaan pasaran untuk kenaikan 2.3 juta tong.
Sementara bekalan petrol AS pula dilaporkan meningkat sebanyak 737,000 tong dalam seminggu, berbanding unjuran untuk penurunan 652,000 tong.
Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan kukuh pada 69.08 setong, manakala dagangan Amerika Syarikat pula menguat di sekitar harga $65.60 setong.
Kedua-dua penanda aras mencapai paras tertinggi sejak pertengah Mac pada sesi New York, sebelum sedikit susut.
Jangkaan pemulihan bahan bakar global yang lebih kuat terus menyokong pengukuhan harga minyak, mengimbangi kekhuatiran pasaran terhadap situasi Covid-19 di India yang saban hari terus menunjukkan peningkatan ketara dalam angka kes dan kematian.