Harga minyak meningkat setelah permulaan yang lemah pada pembukaan sesi Asia hari ini, ketika pasaran dibelenggu kebimbangan terhadap pelancaran vaksin Covid-19 yang tidak menentu di tengah-tengah peningkatan berterusan kes coronavirus di seluruh dunia.
Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan positif dengan kenaikan sebanyak 31 sen kepada $55.33 setong, manakala WTI Amerika Syarikat menokok 17 sen pada $52.39 setong.
Harga minyak terus dalam tekanan selepas penasihat kesihatan utama Presiden Joe Biden memberi amaran pada hari Ahad bahawa varian baru virus yang dikesan di UK mungkin akan menjadi tekanan dominan di Amerika Syarikat dan boleh menyebabkan sekatan pada masa akan datang.
Pelancaran program vaksinasi di beberapa negara nampaknya memberi prospek positif buat pasaran minyak mentah, namun pada masa yang sama, Eropah masih lagi ketinggalan dari menvaksinasi rakyatnya berikutan kelewatan dalam penghantaran vaksin oleh AstraZeneca.
Bagaimanapun, berita terbaru dari Kesatuan Eropah (EU) bahawa AstraZenca akan membekalkan tambahan sebanyak 9 juta dos vaksin menjelang bulan Mac memberi sedikit kelegaan buat pasaran.
Sementara itu, jangkaan bahawa OPEC dan sekutunya, OPEC+ telah melaksanakan 99% dari komitmen pengurangan pengeluaran minyak yang dipersetujui pada bulan Januari telah membantu menyokong harga minyak dari jatuh lebih rendah.