CEO JPMorgan, Jamie Dimon bersama dua penganalisis baru-baru ini ada berkongsi pendapat mengenai rangkaian Ethereum 2.0 dalam sebuah laporan.
Jelas mereka peralihan rangkaian Ethereum daripada mekanisme konsensus Proof-of-Work (PoW) kepada Proof-of-Stake (PoS) bukan sahaja akan mengundang populariti PoS tetapi juga menjadikan hasil staking sebagai sumber pendapatan bagi pelabur runcit dan institusi lebih menarik.
Secara kasar, mereka mengandaikan ketika ini pelabur yang stake koin mereka di beberapa blockchain PoS berjaya menjana pendapatan tahunan kira-kira $9 bilion.
Bagaimanapun, sebaik sahaja Ethereum sepenuhnya beralih kepada PoS pada tahun hadapan, mereka menjangkakan keuntungan akan melebihi dua kali ganda, mencecah $20 bilion.
Menjelang 2025, mereka meramalkan keuntungan melompatkan dua kali ganda sehingga $40 bilion!
“Dalam kadar semasa sifar, kami nampak hasil staking koin (yields) sebagai peluang pelaburan.” – laporan JPMorgan.
Berdasarkan 10 matawang kripto teratas mengikuti senarai nilai staking, ganjaran tahunan adalah dalam julat 3%-13%, satu nilai yang agak kecil. Namun, kadar sebenar return of investment (ROI) turut memainkan peranan untuk nilai pertukaran pasaran bagi matawang asas.
JPMorgan mula memberi tumpuan terhadap koin PoS. Pada masa yang sama, mereka dilaporkan sedang bersedia untuk menawarkan beberapa kliennya dana Bitcoin yang diuruskan secara aktif.
Keputusan ini bakal menjadikan JPMorgan sebagai salah satu institusi perbankan terbesar yang menerima kripto.