Penganalisis mendedahkan Ethereum (ETH) akan melepasi paras $10,000 dalam tempoh 6 hingga 12 bulan, begitu juga Bitcoin (BTC) berpotensi untuk mencecah nilai enam digit.
Menurut Scott Melker, penganalisis dan influencer of the year seperti yang dinobatkan oleh Binance, pasaran matawang kripto akan menerima khabar baik susulan daripada tindakan Securities and Exchange Commission (SEC) meluluskan dana dagangan bursa (ETF) Bitcoin.
ETF Bitcoin adalah penyumbang utama kepada penerapan matawang kripto dalam kelompok besar institusi: “Kelulusan ETF merupakan salah satu pencapaian terbesar dalam Bitcoin di mana sejumlah besar wang akan masuk dalam berbagai bentuk, misalnya dana. Ia akan masuk apabila adanya ETF.”
Begitu juga dengan penguatkuasaan yang akan melindungi pengguna turut memainkan peranan dalam menarik lebih banyak dana institusi besar ke dalam sektor ini.
Melker yakin sebaik sahaja pembetulan ini sudah berakhir, kedua-dua aset utama kripto ini akan mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa yang baharu. Tidak mustahil jika Bitcoin berjaya mencecah paras 7 angka manakala Ethereum bergerak ke paras $20,000 atau $30,000.
Ini mengingatkan kepada ramalan bekas eksekutif Goldman Sachs, Raoul Pal pada awal tahun ini, di mana individu itu turut mengaitkan Metcalfe’s Law bagi membuktikan Ethereum mampu mencecah $20,000.