Berbaki lagi empat jam sahaja lagi sebelum naik taraf Berlin terhadap rangkaian Ethereum dilancarkan seperti yang dijadualkan.
Menghampiri waktu naik tarafnya pada jam 6 petang ini, Ethereum (ETH) berjaya mencatat harga ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu iaitu $2,478 pada tengahari tadi.
Berikut adalah beberapa ciri terbaru yang diperkenalkan menerusi upgrade Berlin:
- EIP-2565, mengurangkan kos kompilasi ModExp
- EIP-2929, menaikkan beberapa kos gas
- EIP-2718, memperkenalkan transaksi baru
- EIP-2930, memasukkan satu jenis transaksi dengan senarai akses tertentu
Berdasarkan rekod daripada etherenodes.org, lebih 70% klien Ethereum sudah bersedia dengan naik taraf Berlin.
Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $2,470, melonjak lebih 4% dalam 24 jam.