Sesi Eropah pada hari ini melihatkan dagangan Euro meningkat untuk bergerak lebih kukuh semula berbanding mata wang Yen Jepun selepas siri penurunan harga beberapa hari pada carta pasangan EUR/JPY.
Walaupun mempamerkan peningkatan, namun penganalisis masih melihat Euro akan terus mengalami kejatuhan lebih parah untuk minggu ini dengan tekanan terhadap ekonomi.
Terdapat berita yang memberi tekanan terhadap Euro semalam apabila Canselor Jerman Angela Merkel menyatakan cadangan beliau untuk pelaksanaan perintan berkurung (lockdown) di Jerman bagi membendung penularan jangkitan virus.
Tambahan lagi, Menteri Kesihatan Jerman Jens Spahn dalam laporan terbaru ada menyatakan bahawa tiada kemungkinan untuk kesemua sekatan akan dilonggarkan pada Februari.
Ini menunjukkan Jerman sebagai ekonomi terbesar Eropah akan terus mengetatkan sekatan pergerakan sehingga Mac dan April dan hal ini juga akan memberi kesan terhadap pertumbuhan GDP pada suku pertama 2021.
Pada carta harga pasangan EUR/JPY, harga yang menyambung penurunan di sesi Asia dari paras 126.700 ke paras 126.450 mula menunjukkan kenaikan semula di sesi Eropah.
Namun kenaikan harga dilihat menguji paras 126.700 pada zon SBR (support become resistance) dan juga halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Jika zon tersebut gagal ditembusi, maka penurunan harga lebih rendah akan dijangkakan menuju zon support harga sekitar paras 126.100.
Sekiranya harga berjaya melonjak tinggi dan memberi isyarat trend bullish, paras SBR 127.00 akan diuji sebelum harga menuju ke paras rintangan 127.500 yang gagal ditembusi minggu lalu.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI