Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam (Rabu), harga nampaknya masih gagal untuk tembusi zon rintangan 1.22500.
Jangkaan untuk harga meneruskan kenaikan meleset apabila US dolar dilihat bergerak lebih kukuh pada sesi Eropah semalam sebelum mula melemah kembali pada sesi New York.
Penurunan di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) kemudiannya telah menguji semula zon RBS (resistance become support) 1.21800-1.21500.
Seperti minggu-minggu sebelum ini, zon tersebut berjaya menyokong semula untuk harga membuat kenaikan daripada jatuh lebih rendah.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-nfp-esok-10am-3-6
Prestasi pasaran Wall Street yang suram dilihat mendorong peningkatan nilai US dolar sebagai mata wang safe-haven, namun hasil perbendaharaan AS yang lemah berlegar di sekitar paras 1.60% masih memberi tekanan kepada US dolar.
Pelabur walau bagaimanapun masih berwaspada terhadap pergerakan pasaran khususnya bagi mata wang US dolar menjelang laporan pekerjaan NFP AS pada Jumaat.
Secara teknikal, pelabur akan memberi tumpuan pada 2 zon utama di carta EUR/USD.
Untuk kenaikan harga, zon rintangan 1.22500 bakal diuji sekali lagi. Sekiranya zon ini berjaya ditembusi, pelabur optimis untuk harga meneruskan trend bullish sebelum ini dengan jangkaan untuk menuju paras tumpuan 1.23000 pula.
Sebaliknya, untuk situasi penurunan semasa harga, zon RBS 1.21800-1.21500 diharapkan untuk terus menyokong harga daripada jatuh lebih rendah.
Jika zon tersebut terus ditembusi, harga bakal susut sehingga ke zon RBS 1.20900-1.20600 dan pelabur bersedia untuk menerima isyarat trend bullish harga sudah berakhir.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI