Sentimen pasaran semasa kini masih memberi kelebihan terhadap dagangan US dolar untuk mengukuh di awal minggu ini.
US dolar bangkit dari paras terendah hampir 3 tahun yang dicecah minggu lalu selepas disokong oleh peningkatan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan unjuran pertumbuhan ekonomi AS untuk tahun 2021 dan 2022.
Faktor tersebut kembali menarik minat pelabur untuk pembelian US dolar berbanding sebelum ini dengan jangkaan untuk mata wang tersebut susut ekoran rangsangan yang akan diperhebatkan di AS.
Pengukuhan US dolar jelas dilihat pada trend penurunan harga seperti yang dipamerkan pada carta pasangan mata wang utama EUR/USD.
Setelah mula menunjukkan corak awal penurunan pada penghujung minggu lalu, harga menyambung penurunan lebih rendah pada pembukaan dagangan minggu ini.
Jika diperhatikan penurunan harga semalam turut melepasi zon RBS (resistance become support) 1.21800-1.21500.
Dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini juga (Selasa) dilihat cuba untuk meneruskan penurunan lebih rendah di awal sesi.
Penurunan harga dijangka menuju ke paras sokongan harga di bawah 1.21000 pada zon RBS lebih rendah.
Namun jika harga berjaya melonjak melepasi 1.21800 dan juga paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, berkemungkinan pelabur melihat sebagai isyarat perubahan trend bullish.
Kenaikan lebih tinggi harga yang diteruskan bakal menuju semula ke zon SBR (support become resistance) pada 1.22500.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI