Bersambung pada dagangan Khamis, US dolar dilihat masih bergerak kukuh selepas sentimen berisiko pasaran telah mengembalikan semula prestasi raja mata wang itu yang pudar di awal minggu.
US dolar berjaya mencatatkan pengukuhan ke paras tertinggi 4 bulan berbanding Euro sementara perkembangan kurang menyenangkan di Eropah semakin menambah tekanan buat mata wang Euro.
Dengan laporan penularan jangkitan yang semakin meningkat, sekatan pergerakan dilanjutkan di Eropah dan agihan vaksin juga perlahan sehingga membuatkan Kesatuan Eropah (EU) mengancam untuk menyekat eksport vaksin ke UK ekoran penghantaran yang lambat.
Pelabur semestinya melihat situasi ini akan merencatkan proses pemulihan ekonomi di Eropah.
Data ekonomi Eropah yang diterbitkan pada positif semalam juga gagal mengekang kejatuhan lebih rendah nilai Euro yang ditekan oleh pengukuhan US dolar.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD melihatkan corak penurunan yang lebih jelas pada minggu ini selepas harga turun lebih rendah di bawah paras sokongan 1.19000.
Pada dagangan Rabu semalam, harga masih menunjukkan penurunan walaupun pada kadar yang lebih perlahan berbanding penurunan hari sebelumnya.
Menyambung dagangan di sesi Asia pada Khamis, harga turun ke paras sekitar zon support 1.18000 yang telah dijangkakan penganalisis sebelum ini.
Pelabur akan menilai reaksi harga pada zon tersebut sama ada harga mampu membuat kenaikan semula atau jatuh lebih rendah.
Jika penurunan lebih rendah diteruskan, harga berkemungkinan akan menuju ke paras 1.17000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 bulan.
Sekiranya harga berjaya melonjak semula, zon SBR (support become resistance) pada 1.19000 akan kembali menjadi tumpuan semula sebelum isyarat trend bullish akan mendorong kenaikan lebih tinggi sehingga ke zon rintangan 1.20000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI