Jangkaan untuk raja mata wang melonjak nampaknya meleset apabila US dolar menyusut lebih ketara selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) untuk Mac diterbitkan dengan angka yang meningkat.
Sentimen pasaran dilihat bercampur-campur sementara hasil perbendaharaan AS pamerkan penurunan mendadak menuju ke paras 1.60% selepas mencapai kenaikan awal menyentuh paras 1.70% semalam.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-lemah-walau-inflasi-naik-144-10am
Situasi penyusutan US dolar ini dilihat akan membuka ruang untuk mata wang utama lain dalam pasaran untuk mengukuh sehingga dagangan penghujung minggu.
Walaupun data tinjauan sentimen ekonomi Jerman dan Eropah yang diterbitkan semalam mencatatkan angka yang menurun, namun mata wang Euro telah berjaya mengukuh pada sesi New York susulan US dolar yang mengalami penyusutan.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah melonjak semula di atas paras 1.19000 menuju sehingga ke zon rintangan pada 1.19600 sebelum harga perlahan di sekitar tersebut bersambung pada sesi Asia pagi Rabu.
Jika situasi berterusan, harga dijangka akan meneruskan kenaikan menuju ke paras tumpuan 1.20000. Zon harga ini akan diuji untuk memberi isyarat kepada pelabur bagi arah pergerakan harga selanjutnya.
Sekiranya harga susut semula pada dagangan hari ini, penurunan harga akan kembali semula ke paras 1.19000 yang akan menjadi paras support buat harga.
Penurunan lebih rendah akan memberi isyarat lebih jelas trend bearish semula harga untuk menuju sehingga ke zon RBS (resistance become support) 1.18000.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI